Wednesday, 8 January 2014

Surat PALSU kenaikan harga Petrol RON97 bermula 8 Januari 2013 tersebar

Posted By: TTO Admin - 8.1.14
Tersebar ketika ini minyak RON97 dikatakan akan naik bermula 8 Januari 2013. Berita itu timbul apabila satu surat rasmi di Twitter daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang memaklumkan kementerian itu bersetuju supaya harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulai 8 Januari 2014.

Namun, kesahihan surat itu belum dapat dipastikan kerana melalui tinjauan ke laman web Kementerian Kewangan, tiada surat pekeliling seperti itu dimuat naik. Malah tiada pengumuman rasmi dibuat seperti kebiasaannya sekiranya harga minyak berlaku.

Terdapat kesan seperti diedit pada surat

Surat tersebut juga meragukan kerana lazimnya tidak ada format surat rasmi seperti anak panah (1). Jika anda perhatikan anak panah (2) dan surat dibawah juga, No Fail sama seperti surat yang tersebar pada 13 Nov 2013. Hanya no SK.12 sahaja berubah dimana SK bermaksud SALINAN KEPADA. Sepatutnya, No Fail tidak boleh sama dengan mana-mana surat yang pernah dikeluarkan sebelum ini




Malah, admin sengaja tunggu sehingga pukul 12.00 Malam kerana menurut pengguna twitter yang menyebarkan dakwaan surat itu mengatakan minyak akan naik pada "midnight 00:01 8th Januari 2014". Namun, sehingga kini jam melepasi 12 lebih namun tiada petunjuk minyak ron97 dinaikkan.

Adakah surat ini satu lagi surat rekaan atau HOAX yang disebar oleh orang yang tidak bertanggungjawab?

Jika perkara ini tidak benar diharap tindakan perlu diambil berikutan perkara sebegini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada rakyat Malaysia.


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab