Wednesday 22 January 2014

Akibat kempen boikot & bakar bendera, rakyat Malaysia di Jepun terima akibat

Posted By: TTO Admin - 22.1.14
Rakyat Malaysia yang berada di Negara Jepun ketika ini menyatakan kekesalan mereka akibat perbuatan kumpulan yang membakar dan memijak bendera Jepun di hadapan kedutaan negara itu di Persiaran Stoner semalam.


Murni Hayati dalam facebooknya tampil meluahkan kecewaan yang dialami oleh beliau dan ramai pelajar di Jepun. Menurut Murni, bukan nama Malaysia sahaja yang buruk malah agama Islam juga turut terpalit. Di samping itu beliau turut menyifatkan pendemo sebagai "cetek akal".



Tindakan kumpulan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh ketuanya, Shamsul Iskandar bukan sahaja dicemuh oleh penyokong kerajaan. Malah, ramai penyokong pembangkang turut memperlekehkan mereka yang menyokong secara membabi buta.

"They came in Toyota, Honda, Nissan. They took pictures with Canon, Nikon, Sony. They carried big banners Boikot Barangan Jepun." Tweet Leroy Ng.


PERIBAHASA

Untuk makluman, Negara Jepun merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia ketika ini. Kira-kira 1,400 syarikat Jepun beroperasi dengan pelaburan dalam bidang pembuatan telah mencecah US$22.2 bilion.

Cuba bayangkan berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat pekerjaan dibawah syarikat Jepun ketika ini? Jangan hanya kerana seorang rakyat Malaysia yang tak boleh masuk ke Jepun, negara kita menghadapi risiko kehilangan punca pendapatan. 

Ingatlah peribahasa jangan sampai marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab