Friday 17 January 2014

Pelatih Komando dakwa diseksa, pegawai atasan tak percaya kisah hilang di laut

Posted By: TTO Admin - 17.1.14
MELAKA: Kesemua 13 anggota komando bakal menerima anugerah keberanian tertinggi di negeri ini yang masih hidup kerana pengalaman pahit yang kononnya dialami mereka di laut.

Kemudiannya timbul berita bahawa pegawai atasan mereka tidak mempercayai kisah mengenai 11 pelatih dan dua tenaga pengajar itu.

Walaupun tentera memulakan siasatan mengenai apa yang sebenarnya berlaku, seorang wakil kumpulan itu membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa mereka telah diseksa bagi menarik balik keterangan mereka.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan 13 yang hilang selama 29 jam di perairan Pulau Upeh sejak 7 Disember lalu.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi satu sumber berkata, cara bot kumpulan itu "sesat" dari laluan biasa telah membangkitkan syak wasangka mereka.

Bot pelatih yang hilang
Difahamkan tentera sedang menyiasat mengenai dakwaan pelatih dan pengajar tersebut menghadiri kenduri pada malam yang sama mereka mengatakan mereka hampir lemas.

Ini dipercayai merupakan kali pertama bahawa bot dilaporkan hilang semasa latihan malam yang dikendalikan oleh Kem Sungai Udang sejak beberapa dekad.

Difahamkan bahawa siasatan tentera perlu melihat keterangan yang bercanggah daripada apa yang berlaku pada misi latihan.

Pelatih yang membuat laporan polis di Alor Gajah pada Ahad lepas memberikan keterangan versi mereka mengenai apa yang berlaku apabila lima bot yang digunakan dalam latihan tersebut dilanda ribut.

Menurut pelatih yang berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur, ribut melanda bot mereka pada pukul 7.30 malam menyebabkan ia hanyut sehingga ia hampir mencapai sempadan maritim antarabangsa.

Beliau berkata, mereka melihat puluhan syarikat perkapalan komersial melintas di perairan itu pada petang 8 Disember dan cuba untuk menarik perhatian mereka tetapi sia-sia.

Pada pukul 6.30 petang, pengajar mampu untuk membaiki enjin bot yang rosak dan mereka menuju ke pantai, tetapi mereka kehabisan minyak dan terpaksa mendayung sepanjang perjalanan, kata pelatih itu.

Beliau berkata, mereka tiba di Pantai Putri pada pukul 12.30 tengah malam pada 9 Disember apabila sebahagian daripada mereka bergegas ke gerai makan.

Pengunjung di gerai berkenaan mengetahui bahawa mereka merupakan tentera yang dilaporkan hilang dalam media dan memberitahu pihak polis.

Kesemua 13 mereka bergegas ke Kem Terendak sebelum mereka dimasukkan ke wad selama tiga hari untuk mengelamai kesan lelasan dan dehidrasi.

Dalam laporannya, pelatih mendakwa bahawa pegawai atasan mereka enggan untuk mempercayai mereka, dan memaksa mereka pergi ke laut dan berdiri sehingga air pada paras leher bagi menukarkan cerita mereka.

Beliau mendakwa mereka kemudiannya dibawa ke sebuah kem tentera di Kuala Lumpur dan disoal siasat.

Menurut beliau, salah satu pelatih mempunyai jari dikepit di antara dua keping kayu untuk memaksa membuat pengakuan palsu.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan berkata, bahawa surat siasatan tentera telah dihantar kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Idris, yang mengumumkan hasrat untuk anugerah itu memberikan anugerah keberanian iaitu Bintang Gagah Perkasa kepada kesemua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.


Oleh : R.S.N MURALI
Mstar.com.my

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab