Friday 24 January 2014

Sultan Johor letak No. Plat harga RM748 ribu pada Proton Suprima S

Posted By: TTO Admin - 24.1.14



Whoaa! Sultan Johor sekali lagi membuat kejutan mengenai No Plat termahal di Malaysia ketika ini! Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berjaya memenangi tender no Plat W1N dengan harga RM 748,000.00.

Jika anda beranggapan no plat yang mahal untuk kereta yang mahal ternyata ada silap besar. Sultan Ibrahim telah meletakkan no Plat W1N pada kereta Proton Suprima S. Jauh lebih murah daripada harga no plat itu sendiri!

Senarai Pemenang No Plat W-N
Namun, menurut Sultan Ibrahim dalam akhbar New Straits Times, baginda tidak kisah membayar sebegitu mahal kerana tahu wang itu akan disalurkan kepada rakyat juga.

"Beta diberitahu ada beberapa bidders yang berminat untuk plat W1N"

"Beta tak kisah membayar plat number itu kerana Beta tahu jumlah bayaran itu akan disalurkan kembali kepada rakyat"

Tambah Sultan Ibrahim lagi, baginda bukanlah seorang yang melanggar procedure untuk mendapatkan sesuatu. Ia adalah sifat orang Johor untuk membayar apa yang dikehendaki kerana setiap orang perlu ada peluang yang adil.

Pada bulan Mei tahun lalu, Sultan Ibrahim turut memenangi tender No Plat WWW1. Ketika itu ramai yang mempertikaikan tindakan baginda Raja termasuk pemimpin politik Pembangkang.


"RM520K utk no plate www1, Xkan nak letak kat kereta proton atau motor kut?" Kata YB Nizar memperlekeh pembelian no plat itu.

Namun, tweet YB Mohammad Nizar menjadi troll di media sosial apabila baginda Sultan Ibrahim meletakkan No Plat WWW1 pada kereta Proton Satria Neo.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab