Monday 20 January 2014

Tidak masuk akal bercumbu dengan Emma Maembong - Zizan Razak

Posted By: TTO Admin - 20.1.14

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.

"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.

"Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran. Foto Instagram Zizan Razak.
Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi. -mStar

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab