Friday 31 January 2014

Pekerja Bangla maut dibelasah sekumpulan warga Nepal di Ijok

Posted By: TTO Admin - 31.1.14
Bestari Jaya: Seorang pekerja kilang warga Bangladesh berusia 30-an maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dibelasah sekumpulan pekerja warga Nepal dalam pergaduhan di sebuah kilang di Ijok, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Amin Nur meninggal dunia di sebuah klinik kesihatan berhampiran tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah selepas dibelasah dengan kayu. 

Gambar Hiasan
Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan juga pekerja Nepal di kilang sebelum merebak hingga mengakibatkan pergaduhan kumpulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, sembilan pekerja Nepal ditahan selepas polis menerima laporan kejadian.

"Polis akan menyiasat punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat," katanya. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab