Saturday 25 January 2014

Gambar guru suruh murid makan rumput tersebar

Posted By: TTO Admin - 25.1.14

Kiri - Cikgu Chen Yan Yan, Kanan- Murid yang dikenakan denda (pic)
Gambar guru yang mengenakan denda tidak masuk akal kepada anak muridnya kini telah tersebar di media sosial.

Cikgu Bahasa Inggeris bernama Chen Yan Yan, mengaku melakukan perbuatan itu di hadapan ibu murid, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Sungkai.

"Ketika buat laporan polis, guru bahasa Inggeris terbabit bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku mengenakan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan dan kemudiannya meminta maaf.

"Lebih memeranjatkan kami, guru sekolah juga mengaku hukuman menggantung loceng di leher sudah beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah," kata Yarnis dalam kepada sidang media.

Dalam akhbar Harian Metro turut melaporkan anak Yarnis Kasuma kini mengalami trauma setelah diejek rakan-rakannya dengan panggilan "Lembu".

Pak Nil turut tidak berpuas hati dengan tindakan guru ini 
Cuba bayangkan, jika rakyat Malaysia di Sweden pun boleh dipenjara hanya dengan kesalahan merotan tangan anak mereka, takkan di Malaysia guru ini boleh terlepas hanya dengan permohonan maaf?

Maaf atau tidak, hukuman tegas mesti diambil oleh kementerian terhadap guru biadap ini!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab