Friday 17 January 2014

Diarah buka tudung: Pengerusi, Guru Besar minta maaf

Posted By: TTO Admin - 17.1.14


KOTA TINGGI: Kes berkaitan seorang guru mualaf yang mendakwa dipaksa membuka tudung ketika mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Telum Sengat di sini, dianggap selesai.

Ini kerana, pagi tadi, satu perjumpaan muhibah membabitkan guru berkenaan dengan Pengerusi Jemaah SJKC Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, serta guru besar sekolah itu, Chiew Swee Tuan dibuat di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama.

Pada pertemuan itu, Phang dan Chiew meminta maaf secara terbuka kepada guru berkenaan di atas perbuatan mereka sebelum ini.

Guru mualaf itu yang tidak mahu memanjangkan isu berkenaan memaafkan mereka.

Beliau juga tidak mahu terbelenggu dengan isu itu sebaliknya mahu menumpukan kepada tugasnya sebagai guru. -Harian metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab