Wednesday 22 January 2014

Gara-gara terkejut di hon, MyVi rempuh 5 pesakit di HKL (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 22.1.14


Kuala Lumpur: Seorang warga emas yang terkejut selepas kenderaan di belakangnya membunyikan hon tertekan pedal minyak sebelum merempuh lima individu yang juga pesakit dalam kejadian di pekarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, warga emas terbabit dikatakan menurunkan isterinya sebelum dikejutkan bunyi hon kenderaan Honda Accord di belakangnya.

Sumber berkata, warga emas terbabit membawa isterinya berusia lewat 70-an untuk mengambil ubat dan melakukan pemeriksaan rutin di hospital berkenaan.

“Warga emas itu kemudian memberhentikan kereta PERODUA Myvi miliknya di hadapan Klinik Ortopedik dan Kecemasan sementara menunggu isterinya mendapatkan rawatan.
KEADAAN kereta warga emas yang remuk selepas merempuh dinding HKL, semalam.

“Tindakan warga emas itu menyebabkan laluan di kawasan itu terhalang sebelum kenderaan Honda Accord di belakangnya yang dipandu lelaki membunyikan hon,” katanya. -Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab