Thursday, 16 January 2014

JAIS jawab FITNAH tidak beri bantuan wang zakat kepada pasangan Muallaf

Posted By: TTO Admin - 16.1.14



Tentu ramai yang bersimpati setelah membaca artikel dengan tajuk JAI** + MAI* (Gambar diatas)Artikel itu menceritakan tentang pasangan Muallaf yang didakwa tidak diberikan bantuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Di dalam artikel itu juga turut mempertikaikan kerja jabatan agama yang bertanggungjawab menguruskan duit Zakat. Antara tuduhan yang dilemparkan:

"Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

"Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

Berikutan penyebaran artikel tersebut, JAIS tampil memperbetulkan dengan menjawab fitnah yang dilemparkan kepada tiga agensi utama di Selangor.

JAWAPAN JAIS:

Baca dibawah:
Assalamualaikum.

Jabatan Agama Islam Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh saudara seagama kita yang dikenalkan di lamanhttps://www.facebook.com/IslamAgamakuOfficial sebagai saudara Ariffin dan isterinya, saudari Nadiyah.

Untuk makluman semua, berita yang dipaparkan adalah TIDAK TEPAT.

Pasangan tersebut telah dibantu oleh JAIS, MAIS dan LZS, dan masih lagi mendapat bantuan secara berterusan. Kedua-duanya bukan berasal dari Selangor dan hanya mula memohon bantuan pada Ogos 2013. Sejak itu, mereka telah menerima 12 kali bantuan kewangan, kali terakhir pada 10 Januari 2014. Antara bantuan tersebut termasuklah bayaran tunggakan sewa rumahnya dan sewaan semasa.

Justeru, JAIS memohon supaya Admin laman Islam Agama Ku dan semua yang terlibat dengan penyebaran berita ini menghentikan SERTA-MERTA semua sebaran kerana ianya adalah fitnah kepada ketiga-tiga agensi: Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Mudah-mudahan Allah mengganjarkan kebaikan kepada semua yang prihatin terhadap isu ini. Terima kasih.

___
Respon orang ramai setelah mengetahui kebenaran daripada JAIS. Semoga kita berhati-hati menyebarkan sebarang berita yang tiada hujung pangkalnya:


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab