Thursday 30 January 2014

120 Murid keracunan makanan ayam masak kicap di Kantin

Posted By: TTO Admin - 30.1.14

BUKIT MERTAJAM - Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan Tanah Liat di sini mengalami keracunan makanan selepas dipercayai memakan nasi berlauk ayam masak kicap di kantin sekolah ketika waktu rehat semalam.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kejadian itu disedari berlaku pada pukul 10 pagi selepas beberapa orang murid Tahun Tiga didapati muntah dan cirit-birit.

"Selepas itu lebih ramai lagi murid-murid Tahun Empat dan Lima memaklumkan kepada cikgu yang mereka turut mengalami sakit perut. "Pengurusan sekolah mengambil tindakan pantas dengan menghantar 69 murid yang mengadu muntah dan cirit-birit ke Hospital Bukit Mertajam,"katanya.

"Sembilan daripada mereka terpaksa ditahan di wad manakala selebihnya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar," jelasnya kepada pemberita semasa melawat sekolah itu hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah dimaklumkan sembilan murid yang ditahan itu

telah dibenarkan pulang lewat malam tadi. - Bernama

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab