Tuesday 21 January 2014

Gambar sekitar protes dan bantahan boikot barangan Jepun

Posted By: TTO Admin - 21.1.14

Satu perhimpunan aman oleh beberapa penyokong pembangkang diadakan di hadapan Kedutaan Jepun hari ini bagi membantah sekatan dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Perhimpunan yang diketuai oleh Ahli Parlimen, Shamsul Iskandar menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.

Slogan dan sepanduk boikot barangan Jepun turut dilaungkan oleh peserta bantahan. Poster dengan rekaan bendera Jepun turut dibakar dan dipijak.

Namun, beberapa pengguna laman sosial dilihat memperlekehkan tindakan kumpulan itu kerana boleh mengganggu gugat hubungan baik antara Malaysia-Jepun.

Disebalik sekatan Dato' Seri Anwar Ibrahim, pihak berkuasa Jepun sebelum ini sudahpun melonggarkan syarat kemasukan rakyat Malaysia ke Jepun dengan memansuhkan VISA bermula julai tahun lalu.

Malahan, tindakan mereka turut dicemuh apabila beberapa peserta himpunan datang menaiki kereta buatan Jepun seperti Honda dan Toyota.

Kredit Gambar: Malaysiakini, Rakyatnews






KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab