Tuesday 14 January 2014

Penuntut UNIMAS dilapor hilang ditemui mati dekat kolej kediaman

Posted By: TTO Admin - 14.1.14
Gambar menunjukkan mayat ditemui di anak sungai (TAZ) yang terletak dibelakang kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi, UNIMAS.



KOTA SAMARAHAN: Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.

Mayat dipercayai ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. Harian Metro

*Takziah kepada keluarga mangsa.

Pic: Facebook I Love Sarawak, Sarawak Update

Lagi Gambar:



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab