Friday 31 January 2014

Wanita warga Malaysia rebut harta perceraian bernilai RM61 juta

Posted By: TTO Admin - 31.1.14
LONDON, (MLP) - Seorang pengurus bank warga Malaysia, Lena Tan dan suaminya, Weng Choy sedang dalam perebutan harta bernilai hampir RM61 juta di mahkamah di London setelah suaminya fail permohonan cerai.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.


Mereka memiliki rumah di Malaysia dan Hong Kong, koleksi wine bernilai RM5.54 juta dan sebuah flat di Kensington bernilai hampir RM25 juta.

Choy, 56, fail permohonan cerai pada Januari 2012 setelah pergaduhan pada malam tahun baru semasa bercuti bersama keluarga di Singapura.

Namun begitu, Tan tidak bersetuju dengan tindakan suaminya yang menuntut cerai di UK dan telah memulakan proses perceraian di Malaysia.

Mahkamah Tinggi UK pada Mac tahun lalu telah memberi kebenaran kepada Choy untuk bercerai di UK kerana dia telah menetap di London selama setahun.

Peguam Tan menegaskan bahawa rumah Choy masih lagi di Hong Kong dan rumah tangga pasangan tersebut masih bersatu sehingga akhir tahun 2011.

Setelah bersetuju untuk memberi RM2.8 juta kepada suaminya, separuh daripada koleksi wine, Tan diarah oleh mahkamah untuk membayar RM550 ribu untuk yuran peguam.

Hakim akan memutuskan kes ini pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. - news.mylaunchpad.com.my

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab