Tuesday 21 January 2014

Produk Double Stemcell tipu pengguna? Jakim sahkan Phytoscience salah guna logo Halal

Posted By: TTO Admin - 21.1.14
Iklan produk diambil dari http://3stemcell.blogspot.com
Produk terhangat ketika ini, Double Stemcell keluaran syarikat Phytoscience mendapat tamparan hebat apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook semalam (20 Januari 2014) yang mengesahkan produk tersebut tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. 


Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah syarikat Phytoscience sanggup meletakkan logo Halal tanpa kebenaran pada produk mereka? Bukankah tindakan itu satu bentuk penipuan kepada pengguna? 

Dan soalan cepumas kepada pengedar produk Double Stemcell. Adakah anda juga sanggup menipu kenalan dan keluarga anda sendiri?

Namun melihat kepada perkembangan terkini. Seolah-olah daya tarikan pelanggan terhadap produk double stemcell bukan lagi fokus kepada kebaikan pada kesihatan yang ditawarkan. Tetapi lebih kepada Bisnes Kaching yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab