Tuesday 21 January 2014

"Bergurau pun tak sampai tahap bercumbu" jelas Emma Maembong

Posted By: TTO Admin - 21.1.14

Pelakon Emma Maembong terkilan, kecewa dan tertekan ekoran dakwaan dia dikatakan bercumbuan dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak, di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan bercuti ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menerusi laporan akhbar Kosmo! hari ini, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

"Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini.

"Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita," jelasnya seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah ini, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles. Ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.

"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman," jelasnya yang turut memberitahu dia juga duduk sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.

Sumber-Kosmo!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab