Sunday 26 January 2014

Mizz Nina tidak akan menyanyi lagi dihadapan penonton lelaki

Posted By: TTO Admin - 26.1.14

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berhasrat untuk berhenti menyanyi dan memberi fokus kepada ibadah serta perniagaannya.

Mizz Nina, 34, berkata, buat permulaan dia akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan hanya menerima jemputan persembahan melibatkan penonton wanita.

“Ini adalah perkara baharu yang saya fahami semasa menuntut ilmu daripada beberapa orang guru agama.

“Saya tidak akan membuat persembahan di hadapan penonton yang bercampur lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui pada bengkel World Hijab Day bersama Madeena di sebuah pusat beli-belah di sini semalam. -Kosmo!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab