Saturday 18 January 2014

Jurugambar terkejut gambar menyayat hati miliknya dimanipulasi

Posted By: TTO Admin - 18.1.14


Seorang jurugambar terkejut apabila gambarnya dimanipulasi untuk propaganda pihak lain dan disebarkan di media sosial.

Gambar menyayat hati menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di sebelah kuburan ibu-bapanya didakwa berlaku di Syria dan telah menjadi viral di laman-laman sosial dan blog sejak beberapa bulan lalu.

Namun jurugambar, Abdul Aziz Al-Otaibi mendedahkan bahawa gambar  itu adalah miliknya dan bukannya berlaku di Syria. Sebaliknya, gambar itu diambil di Arab Saudi dan merupakan satu projek seni beliau yang mahu menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibu-bapanya yang sukar ditukar ganti.

Lokasi, prop dan latar telah dirancang awal
Malah, kuburan itu bukanlah kuburan yang betul sebaliknya hanya longgokan batu sahaja. Kanak-kanak itu pula adalah anak saudaranya sendiri.

"Saya benar-benar terkejut bagaimana gambar saya dimanipulasi. Gambar itu langsung tiada kena mengena dengan Syria" Kata Otaibi.

"Saya benar-benar marah dengan perkara ini. Ia tidak adil untuk mengambil gambar saya dan menggunakannya untuk propaganda anda." tambahnya lagi.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab