Monday 27 January 2014

"Cikgu Lembu patut dibuang, bukan dipindah sahaja" Sindir KJ

Posted By: TTO Admin - 27.1.14
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam tweetnya pagi tadi menyindir tindakan yang diambil terhadap cikgu yang mengenakan denda tidak munasabah kepada anak muridnya yang masih ditahap sekolah rendah.


'Cik Lembu' patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja" tulis KJ.

Semalam, guru kontroversi itu dikenakan tindakan ditukar ke sekolah lain selain surat amaran pertama daripada pihak kementerian pendidikan.

Sebelum ini tindakan guru bernama Chen Yan Yan menimbulkan kemarahan ramai pihak apabila mengenakan denda seakan-akan menyamakan anak muridnya seperti lembu. Selain menggantung loceng dileher, cikgu itu juga didakwa menyuruh anak muridnya memakan rumput ketika waktu rehat. -Tengoktvonline

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab