Thursday, 16 January 2014

Iklan menu Nasi Lemak RENDANG BABI cetus rasa kurang senang

Posted By: TTO Admin - 16.1.14



Satu Iklan terpampang di surat khabar The Sun mencetuskan rasa kurang senang beberapa pihak. Info mengenai gambar ini disebarkan melalui whatsapp menunjukkan menu nasi lemak dengan pelbagai variasi lauk. 

Apa yang menjadi pertikaian ialah menu Rendang Babi (Rendang Pork) yang disediakan oleh Restoran Brilliant Nasi Lemak. Seperti sedia maklum, rendang selalunya menggunakan daging lembu dan ayam. Mungkin ini merupakan inisiatif chef restoran tersebut yang mempelbagaikan jenis menu nasi lemak di restoran itu.

Walau bagaimanapun, Restoran itu jelas menyatakan tanda "Non-Halal" pada iklan tersebut. Mungkin pertikaian berlaku kerana takut berlakunya kekeliruan dikalangan masyarakat memandangkan semua orang sedia maklum rendang adalah makanan yang halal.

Tiada kesalahan dalam iklan dan menu tersebut, namun sebagai peringatan dan informasi kepada rakyat Malaysia dan orang Islam khususnya bahawa kini rendang juga mempunyai jenis yang tidak halal iaitu "Rendang Babi". - Tengoktovonline



Kedai Nasi Lemak House di Damansara

Lokasi Brilliant Nasi Lemak House (Sumber Gambar)

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab