Saya ingin merujuk Ruangan Forum oleh Syed Abdullah "Guru sekolah berasrama penuh dibebani dengan banyak tanggungjawab (Klik sini)'.
Sebenarnya tidak keterlaluan kalau dikatakan SBP atau sekolah menengah biasa, bebanan tugas dan tanggungjawab hampir sama sahaja.
Jika waktu bertugas 7.30 pagi hingga 4.30 petang yang jadi ukuran, anda silap.
Banyak sekolah menengah biasa sudah melepasi tahap bekerja seperti itu. Malah ada yang lebih jauh mendahului SBP.
Ada antaranya juga menggunakan bilangan hari Sabdu dan Ahad untuk tujuan P&P dan aktiviti kelas tambahan tetapi perkara ini tidak dihebahkan.
Malahan, guru-guru yang datang tidak dipaksa. Secara sukarela mereka datang untuk berkhidmat menabur tanggungjawab demi anak bangsa.
Rasanya saudara tidak sesuai untuk menghuni lama di SBP. Berilah peluang kepada mereka yang benar-benar layak dan mampu pikul tanggungjawab itu.
SBP merupakan sekolah impian ramai pelajar sama ada lepasan UPSR dan PMR.
Betapa ramainya pemilik 5A UPSR memohon untuk ke SBP tetapi gagal dan hanya layak ke sekolah menengah biasa.
Sekolah terbaik, pelajarnya juga pilihan baik-baik, rugi jika tidak dipenuhi tanggungjawab hanya disebabkan faktor lebih masa.
Tidak seronokkah guru-guru di SBP yang saban tahun menanti berita sekolah terbaik SBP setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.
Oleh: Zac Lan @ Pak Lan
Seremban
Ruangan Forum Utusan
KONGSI
& Komentar
Tweet