Monday, 6 January 2014

Berita baik, PTPTN akan dimansuhkan bermula 1 Februari 2014

Posted By: TTO Admin - 6.1.14
Surat yang tersebar di media sosial ketika ini
Jangan percaya dahulu! Berita Pemansuhan PTPTN ini sebenarnya datang daripada surat Raja Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Y.M. HasbulJalil Bin Hassan. Jikalau benar, admin pun pasti melonjak kegembiraan kerana turut sama masih berhutang dengan PTPTN.

Surat yang diterbitkan pada 6 Jan 2014 itu menyatakan titah "Raja Nusantara" yang ingin meringankan beban perbelanjaan kehidupan umat(rakyat Malaysia) dengan memansuhkan PTPTN bermula pada 1 Februari 2014.

Walaupun tidak benar, surat ini pasti memberikan rasa "suspen" kepada para peminjam PTPTN. Sekurang-kurangnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dapat memberikan rasa humor kepada anda semua!

Inilah "Raja Nusantara" yang sungguh bermurah hati. Doolat Tongku!

UPDATE: PTPTN nafi pinjaman dimansuh, Pemilik FB "Raja Nusantara" kini dicari!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab