Sunday 26 January 2014

Akibat kemiskinan di Bangladesh, budak lelaki minum susu anjing lebih 6 tahun

Posted By: TTO Admin - 26.1.14
Gambar seorang budak lelaki minum susu seekor anjing menjadi viral di media sosial ketika ini. Namun seperti biasa, terdapat cubaan memanipulasi gambar itu seperti mengaitkan kejadian di tempat lain seperti Syria.

Penduduk mengatakan kemiskinan punca tabiat kanak-kanak ini
Kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah daerah di utara Bangladesh dikenali sebagai Gaibandha. Budak lelaki yang bernama Shakil Ahmed yang kini berumur 8 tahun berasal dari sebuah keluarga miskin.

Menurut penduduk di kawasan itu, tabiat menyusu pada anjing betina telah menjadi kebiasaan Shakil. Semuanya berlaku kerana budak lelaki itu sering kelaparan apabila ibunya meninggalkan dia untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu anjing peliharaannya sendiri. Walaupun tabiatnya ditegur ibu bapa dan jiran tetangga, Shakil tetap mengabaikannya.

"Saya rasa tidak teragak-agak." kata Shakil kepada wartawan Akhbar Dhaka Tribune yang menemuinya.

Walaupun kini anjing peliharaanya telah mati, dia tidak dapat menghentikan perbuatannya itu. Shakil turut mengatakan dia akan mengulangi tabiat itu sebaik melihat mana-mana ibu anjing d jalanan.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab