Tuesday, 7 January 2014

7 Gambar tanah runtuh di lereng bukit Lebuh Raya Mahameru

Posted By: TTO Admin - 7.1.14
Kuala Lumpur: Kerja penstabilan cerun pada lereng bukit di Lebuh Raya Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak yang runtuh pada Mei tahun lalu terus tergendala selepas lereng berkenaan sekali lagi runtuh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, runtuhan tanah yang meliputi sebahagian besar jalan turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi.

Susulan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membersihkan kawasan runtuhan menggunakan jentera pengaut dan membuka laluan selorong untuk membolehkan pengguna jalan raya yang tersekat dalam kesesakan untuk meneruskan perjalanan. -BHarian







Kesan tanah runtuh mengakibatkan jalam jam teruk:


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab