Thursday, 26 December 2013

Eksklusif: Luahan hati guru sekolah berasrama penuh kepada KPM

Posted By: TTO Admin - 26.12.13


Beberapa orang guru yang mengajar di sekolah berasrama penuh (SBP) agak terkilan dan kecewa dengan kerja yang terlalu banyak berbanding dengan guru menengah biasa.

Mana tidaknya, mereka terpaksa mengajar mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa kerja lebih masa daripada guru sekolah menengah biasa sedangkan gaji mereka adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.

Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Mereka juga perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada ditahap cemerlang.

Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa

Oleh: Syed Abdullah
(Forum Utusan)

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab