Sunday, 5 January 2014

Poster Kenaikan Yuran Pendaftaran UiTM adalah FITNAH - Naib Canselor

Posted By: TTO Admin - 5.1.14


Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar tampil menjernihkan suasana mengenai Poster yang memaparkan kenaikan bayaran pendaftaran pelajar UiTM pada Jun 2014. Poster itu turut menyatakan kenaikan tersebut adalah susulan daripada kenaikan Kadar Kos Perkhidmatan.

Beliau menulis status terbaru di akaun Facebook peribadi:


"Warga and Anak2 UiTM yg dirahmati Allah SWT. Sila ambil perhatian. Ada pihak yg TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan yg berniat buruk telah menyebarkan satu poster melalui twitter perkenaan kenaikan yuran utk pelajar UiTM.

"Ini adalah satu FITNAH YG MEMBUSUKKAN nama baik UiTM dan boleh memecah-belahkan orang Melayu dan Bumiputra dan menimbulkan api kemarahan dan kebencian sesama kita.

"Anak2 semua adalah bijak dan dapat menilai kepalsuan poster tersebut. Dan sila betulkan persepsi ini dikalangan rakan2 dan ahli2 keluarga. Jom kita doakan semoga Allah SWT menunjukkan jalan yg benar dan keinsafan kpd pihak yg tidak bertanggungjawab itu. Semoga kita dilindungi Allah SWT dari sebarang fitnah.

Semoga penjelasan Naib Canselor dapat memberikan kelegaan kepada warga penuntut UiTM.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab