Sunday 5 January 2014

Murid tahun 1 maut dirempuh lori tiga tan dihadapan sekolah

Posted By: TTO Admin - 5.1.14

ALOR SETAR - Seorang murid Tahun Satu maut manakala abang dan neneknya cedera parah apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh lori tiga tan di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari tadi, Muhammad Syazril Mohd Sharizal, 7, murid di sekolah itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Abang mangsa, Muhammad Syazwan Mohd Sharizal, 9, dan neneknya Che Mah Darus, 67, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut ibu saudara mangsa, Rosmah Azizan, 42, setiap hari ibunya akan menghantar dan mengambil mereka di sekolah.

Kedua-dua beradik itu dijaga oleh nenek dan datuknya sejak mangsa berumur empat bulan selepas ibunya meninggal dunia kerana barah manakala bapa mereka Mohd Sharizal Azizan, 28, bekerja sebagai pemandu mesin padi di Sungai Petani, katanya kepada pemberita ketika ditermui di HSB.

"Dia (mangsa) memang bijak dan rajin dan walaupun masih kecil dia pandai menjaga datuknya yang sakit semasa neneknya tiada di rumah,” katanya dengan sayu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata pemandu dan kelindan lori itu telah ditahan untuk soal siasat. - Bernama/Pic Via Daily Traffic Report

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab