Monday 6 January 2014

Dr. Maza dikritik hebat upload gambar berunsur fitnah dalam Facebook

Posted By: TTO Admin - 6.1.14

Ilmuan agama terkenal, Dr. Maza dikritik hebat hari ini oleh ramai pengamal media sosial apabila beliau didapati memuatnaik gambar berunsur fitnah di dalam page Facebook peribadi beliau pagi tadi.

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya..menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah." Ulas Dr. Maza dalam gambar tersebut.

Tetapi, menurut satu blog dalam artikel terbarunya mendakwa gambar yang diupload bukanlah gambar dalam jet "putrajaya" yang didakwa. Namun, gambar itu dengan mudah boleh didapati menggunakan carian google. 

Blog itu juga menyelar tindakan Dr. Maza kerana boleh membuatkan ramai orang memberi tanggapan yang salah.

Info Gambar: Corporatjetinvestor
"Gambar tu ambil dalam carian "image google" ja bro..Sedarkah Dr Maza yang gambar tersebut boleh menyebabkan banyak pihak menyangka begitulah keadaan sebenar dalam isu pesawat milik kerajaan ?"

Melalui tinjauan semula ke FB page Dr. Maza, gambar kontroversi itu telah dipadam. Namun masih ada pengamal media yang cuba memprovokasi Dr.Maza untuk memberi respon mengenai isu itu. 

Link Gambar


Diharap Dr. Maza lebih berhati-hati di masa hadapan dalam mendapatkan info dan maklumat untuk membincangkan isu-isu kritis seperti ini.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab