Wednesday 1 January 2014

Ucapan Khas Datuk K. Rajagopal kepada Penyokong Harimau Malaya

Posted By: TTO Admin - 1.1.14
Kuala Lumpur: Selepas hampir lima tahun, akhirnya Harimau Malaya bakal melalui era baru selepas kontrak ketua jurulatih Datuk K Rajagopal berakhir semalam.

Biarpun mengakhiri kariernya bersama skuad kebangsaan sejak Julai 2009 itu dengan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini, tidak dinafikan pengendali berusia 57 tahun itu adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos serta kejuaraan pertama Piala AFF 2010.

Pada sidang media terakhirnya selaku jurulatih kebangsaan pada 2 Disember lalu, beliau hanya menyatakan mahu berehat seketika namun tidak menafikan bakal kembali melatih mana-mana pasukan jika mendapat tawaran menarik.



Perkembangan terbaru Rajagopal dikaitkan dengan salah sebuah kelab dari Liga Singapura (Liga-S) yang bersedia memberi tawaran lumayan kepadanya bagi mengendalikan kelab itu musim depan.

Namun bekas pemain Selangor itu enggan menafikan atau pun mengiyakan sejauh mana kebenaran laporan itu cuma menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses menimbang beberapa tawaran. 

Apapun, terima kasih kepada Datuk. K. Rajagopal atas jasa dan pengorbanan yang beliau lakukan kepada perkembangan bolasepak negara ini. 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab