Thursday, 14 November 2013

5 Pelajar SMK Tarat, Sarawak tunjuk isyarat lucah hina buku teks sejarah Malaysia

Posted By: TTO Admin - 14.11.13


Satu gambar telah tersebar di Facebook dimana 5 Pelajar Cina dari Sek Men Keb Tarat, Serian, Sarawak telah menunjukkan isyarat lucah di atas Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Perbuatan kelima-lima pelajar ini menimbulkan rasa kurang senang ramai pengamal media kerana mereka jelas dilihat menghina sejarah Malaysia.


Subjek Sejarah merupakan subjek yang sukar dan ada yang menganggapnya sebagai membosankan. Namun, itu bukanlah menjadi lesen untuk para pelajar menghina buku sejarah Malaysia. Mungkin ada yang turut mempertikaikan sejarah namun sejarah yang diterbitkan adalah hasil penilaian para panel akademik dan ahli Sejarahwan.

Umum melihat hukuman setimpal perlu diberikan kepada kelima-lima pelajar ini. Kehilangan jati diri golongan belia di negara ini semakin membimbangkan. Apakah bentuk hukuman yang sesuai diberikan kepada golongan ini sebagai pengajaran untuk mereka dimasa hadapan?

1) Digantung sekolah?
2) Dikenakan PLKN selama dua kali? ataupun
2) Khidmat Masyarakat?

Pihak pentadbiran SMK Tarat perlu menyiasat perkara ini kerana jika terbukti pelajar mereka bersalah, sudah tentu memberikan imej buruk kepada sekolah itu. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu mengambil tindakan dan langkah pencegahan agar tidak berulang dimasa akan datang.



Profile pelajar yang menjadi suspek menunjukkan isyarat Lucah. Suspek dikenalpasti melalui Tag yang dipasang Lonelly Lai.


UPDATE:

1) Lonelly Lai cuba menafikan perbuatan tersebut dilakukan mereka sebaliknya mendakwa mengambil gambar daripada profile orang lain. Tapi dia tidak mengemukakan sebarang bukti sejajar dengan penafiannya. Malah, gambar isyarat lucah tersebut kini telah dipadam. Orang selalu kata kalau rasa tak bersalah buat apa nak takut, "berani kerana benar!"


Gambar tidak dapat diakses: Link sumber

UPDATE 2:

Facebook Lonelly Lai telah ditutup

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab