Thursday, 2 January 2014

Jom beratur nikmati ASB, ASN dan Bonus anda!

Posted By: TTO Admin - 2.1.14
Keadaan Bank pada pagi ini!




Hari ini 2 Januari 2014 dan hari-hari seterusnya tentu merupakan hari-hari yang ceria kepada pemegang-pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Hari ini juga sepertimana tahun-tahun sebelumnya sudah pasti semua bank-bank, pejabat-pejabat pos dan kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sesak dengan ramai pelanggang yang ingin mengemaskini dan mengeluarkan wang dividen dan bonus ASB dan ASN mereka.

Di dalam benak mereka sudah pasti banyak rancangan yang akan dilakukan dengan wang bonus dan dividen tersebut. Bertambah senyum lebar lagi kepada lebih 1.3 juta para penjawat awam kerana hari itu juga mereka dapat menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji. Lagi senyum lebar mereka kerana turut menikmati faedah-faedah simpanan dan wang pelaburan mereka dari bank-bank simpanan mereka.

Saya ada duit, sayang ada...?

Dengan adanya wang saku tambahan tersebut, segala perbelanjaan persekolahan anak-anak sebelumnya boleh ditampung semula. Kalau dah ada duit ekstra tu macam-macam boleh beli dan buat. Syukur kita sentiasa beringat-ingat dahulu untuk menyimpan walaupun godaan nak beli itu ini selalu ada. Keperitan dirasakan hanya sementara terutamanya di akhir-akhir tahun untuk keperluan persekolahan anak-anak.

Itulah pentingnya perancangan kewangan. Kalau ada duit yang lebih, melaburlah dalam mana-mana skim insuran atau takaful. Bila terkena musibah kita mempunyai jaminan pampasan yang boleh dituntut.

Apabila kita mewah jangan kita sombong dan suka membazir. Ingat suatu hari nanti kita mungkin akan kesempitan. Kalau kita tak sesak duit pun, mungkin ada saudara atau jiran yang sengsara kesempitan duit dan memerlukan bantuan kita.


"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : Ayat 7)

So, kepada penyimpan ASB dan ASN semua, selamat menikmati wang bonus dan dividen anda!

Kepada Penjawat Awam pula, selamat menikmati wang bonus masyuk...! -Kredit Mymassa

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab