Berikutan isu "Sultan Melaka", Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mahu diiktiraf sebagai Sultan yang sah. Ramai yang memberikan respon negatif termasuk daripada Kerajaan Negeri Melaka melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang secara jelas menolak tuntutan itu.
Terbaru, Melalui akaun twitter, Dr Asri bekas mufti Perlis memuat naik satu tweet yang bertanya kepada Raja Noor Jan kenapa beliau terlalu mahu menjadi Sultan.
@realDrMAZA bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta. Nak jadi mufti beta? |
Raja Noor Jan memberi jawapan bahawa Melaka perlukan beliau untuk menjadi Sultan. Malah, Raja Noor Jan sempat mempelawa Dr Asri menjadi Mufti baru Negeri Melaka sekiranya beliau naik takhta. Malangnya, Tweet Raja Noor Jan itu tidak berbalas. Adakah Dr Asri berminat dengan tawaran itu?
KONGSI
& Komentar
Tweet