Thursday 9 January 2014

Naikkan gaji minimum Penjawat Awam RM1,200 - CUEPACS

Posted By: TTO Admin - 9.1.14


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Khamis mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Azih Muda berkata berdasarkan analisis Cuepacs, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.

Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah, katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Beliau berkata Cuepacs juga menggesa kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.

Pada 2011, Cuepacs mencadangkan kepada kerajaan agar memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan. BERNAMA

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab