Kebelakangan ini terdapat satu maklumat yang disebarkan melalui pesanan ringkas, media sosial dan emel untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak menghubungi semula panggilan telefon yang diterima dengan paparan kod +375 atau +371 pada permulaan nombor.
Mengikut sebaran maklumat tersebut lagi, pemanggil yang menghubungi semula nombor berkenaan akan dikenakan caj antara $15 dan $30 untuk setiap panggilan yang dibuat dan segala maklumat peribadi yang tersimpan di dalam telefon akan dicuri oleh sindiket penipuan siber.
Maklumat tersebut didapati telah disebarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sumber yang menyatakan ia adalah peringatan yang dikeluarkan oleh PDRM adalah TIDAK BENAR.
Kaedah pencurian data maklumat peribadi seperti yang dinyatakan juga adalah mustahil melainkan telefon pemilik berkenaan telah digodam.
Niat untuk berkongsi maklumat bagi tujuan saling mengingatkan adalah tindakan yang baik namun anda dinasihatkan untuk berkongsi maklumat yang telah disahkan kebenarannya.
Maklumat lanjut, http://www.hoax-slayer.com/missed-375-calls.shtml
Sumber: FB Page PDRM
KONGSI
& Komentar
Tweet