Kredit Gambar: Page FB TV3 |
Suspek berusia 34 tahun yang dikatakan mabuk bertindak memecahkan cermin skrin kesemua mesin ATM menggunakan pisau dibawanya jam 10 malam tadi.
Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan suspek berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat, dekat sini, di bank berkenaan tidak lama selepas itu.
Jurucakap polis berkata, suspek dalam keadaan mabuk dan marah ketika diberkas.
"Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya. -Berita Harian
KONGSI
& Komentar
Tweet