Sunday 5 January 2014

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir RM5 juta untuk 3 buah lagu (3 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 5.1.14


MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (Pound) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim, anak kepada Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi di Kota London.

Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.

Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta -XE com) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.

Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam.

Wakil jurucakap kepada Mariah Carey mengesahkan perkara ini namun tidak memberitahu jumlah sebenar wang yang dibayar kepada penyanyi itu. Menurut beliau lagi, harga yang dibayar Putera Brunei masih rendah jika diikut kepada standard artis-artis terkenal.

Mariah Carey dan Putera Azim dikatakan telah berkawan lama memandangkan mereka berdua sering bersama menjayakan banyak program amal -Dailymail

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab