Friday 3 January 2014

60-200 Meteor sejam dijangka muncul pada subuh esok, 4 Jan 2014

Posted By: TTO Admin - 3.1.14


Mungkin agak terlambat nak beritahu, pada awal pagi esok (Sabtu), akan berlaku lagi sebuah juraian meteor yang bernama Quadrantids.

Untuk lebih spesisik, waktu jangkaan kemuncaknya ialah pada jam 3.30 awal pagi, hari Sabtu, 4 Jan 2014. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita bercuti hujung minggu esok, maka gunalah peluang untuk tinjau-tinjau ke arah langit.

Anda boleh mulakan cerapan pada tengah malam hinggalah ke Subuh hari sabtu 4 Jan 2014.

Berdasarkan maklumat di www.imo.net/calendar/2014#qua , jumlah meteor yang dijangka muncul adalah antara 60 hingga 200 meteor sejam. Boleh tahan jugak jumlah meteor ini.

Lebih menarik lagi, Bulan tiada di langit, maka peluang untuk melihat jumlah meteor dalam kuantiti yang banyak, lebih cerah.

Saya tertarik dengan tulis Phil Blait di blog beliau, yang mengatakan meteor Quadrantids ini merupakan satu daripada dua juraian meteor yang mana debu-debunya berasal daripada sebuah asteroid (dan bukannya komet sebagaimana juraian meteor lain). Asteroid tersebut ialah 2003 EH1 .

Buat pengetahuan umum, satu lagi juraian meteor yang berasal dari sebuah asteroid ialah juraian meteor Geminids. Saya ada tulis artikel berkenaan meteor ini di dalam artikel “Meteor Geminids 2013 akan bertarung dengan kehadiran Bulan” sebelum ini.

Radian atau kawasan langit meteor Quadrantids ini muncul ialah berhampiran dengan buruj Biduk di langit utara. Namun, sepertimana saya katakan sebelum ini, meteor-meteor ini akan muncul dimana-mana di kawasan langit. Anda hanya perlu fokus kepada kawasan langit yang paling gelap sahaja.

Saya pernah tulis artikel bertajuk “Bagaimana cara mahu melihat juraian meteor?” di dalam laman web asal Falak Online sebelum ini (tak sempat nak pindahkan ke laman baru ini lagi). Tips-tips di dalam artikel tersebut boleh digunapakai untuk sebarang jenis juraian meteor yang muncul nanti.

OK, cukuplah celoteh ini, jom kita cuba tangkap meteor awal pagi esok.

Oleh : Shahrin Ahmad

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab