Beberapa keping gambar menunjukkan dua orang sami sedang solat berjemaah di masjid kini menjadi viral di media sosial.
Menurut sumber yang dinyatakan di blog-blog dan page facebook mengatakan gambar itu dirakamkan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan. Selepas kejadian kebakaran besar pada dua hari lalu (7/1/14) yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api.
Namun, setelah melakukan sedikit carian di google, ternyata isu ini disensasikan semula kerana yang sebenarnya gambar-gambar sami ini sudah ada sejak tahun 2009 lagi. Namun, tidak pula dapat dipastikan kenapa mereka berjemaah di dalam masjid ketika itu.
Ada yang mengatakan kedua orang sami ini berminat mendalami Islam seterusnya cuba mempelajari di Masjid seperti di dalam gambar. Mungkin ada benarnya dakwaan itu kerana sekeping gambar dibawah menunjukkan seolah-olah seorang guru agama sedang mengajar sesuatu kepada mereka berdua.
Dakwaan itu juga dikuatkan lagi apabila para jemaah dilihat seperti merelakan kedua sami ini berjemaah. Tetapi, status Sami ini masih menjadi tanya samaada telah masuk Islam ataupun tidak. -TengokTVOnline
KONGSI
& Komentar
Tweet