Saturday 11 January 2014

3 Gambar CCTV suspek kes tembak guna peluru guli di Kota Kinabalu

Posted By: TTO Admin - 11.1.14


KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis yang memiliki pintu, tingkap, dinding dan tembok kaca sekitar bandar raya ini, termasuk di Luyang dan Inanam, pecah ditembak menggunakan guli yang dilepaskan daripada senapang angin, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikon berkata, kerosakan itu dipercayai berlaku di antara kira-kira 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam.



"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa guli di tempat kejadian dipercayai dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan kepada orang ramai.

"Semua kejadian berlaku dalam kira-kira satu jam dan dipercayai membabitkan beberapa kumpulan yang menaiki tiga kenderaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Jauteh berkata, kes itu masih dalam siasatan dan mendapat kerjasama daripada pemilik premis.

"Sehingga ini, 19 laporan polis sudah diterima dan sebahagian maklumat diperoleh daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Jauteh turut menafikan kes terbabit ada kaitan dengan sebarang kes lain di sekitar daerah ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak cemas dengan keadaan itu.

Sementara itu di Penampang, enam premis turut mengalami kejadian sama dan polis masih melakukan siasatan lanjut.-Harian Metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab