Begitu kata Siti Zauyah Zakaria, 28, ibu kepada Mohammad Aidil Qhusairi Mohammad Nazri @ Mohammad Roslan, 2, yang ditemui masih bernyawa dalam kolah sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultan Abdul Hallim (HSAH), di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari di Kampung Jalan Titi Gantung, Merbau Pulas, Kuala Ketil, di sini, apabila mangsa dikatakan masuk seorang diri ke dalam bilik air sebelum terjatuh ke dalam kolah ketika cuba mengambil gayung yang berada di dalamnya.
Ketika kejadian, air di dalam kolah itu penuh dan mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dipercayai jatuh dalam keadaan tersembam.
Siti Zauyah berkata, sebelum kejadian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha itu, mangsa berada bersamanya kerana sedang disuapkan ketupat dan rendang daging sebelum dia bangun kerana hendak mengangkat periuk nasi di atas dapur.
Menurutnya, apabila kembali semula, dia mendapati anak lelakinya sudah tiada lalu bertindak masuk ke dalam bilik air tetapi gagal menemuinya.
“Saya kemudian mencari di luar rumah, tetapi bayangnya langsung tidak nampak, malah suami dan ahli keluarga yang kebetulan ramai berada di rumah juga tidak tahu ke mana adik (Mohammad Aidil) pergi.
“Tiba-tiba saya terdengar adik ipar menjerit dari dalam bilik dan serentak itu juga saya hanya mampu tergamam apabila melihat adik berada dalam keadaan terkulai di pangkuan adik ipar. “Saya cuba memberi bantuan kecemasan awal dengan menekan dadanya serta menyedut mulutnya beberapa kali sebelum memangkunya untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Merbau Pulas disebabkan keadaannya sudah lembik,” katanya. ketika ditemui Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
Menurutnya, dia berasa kecewa apabila hanya terdapat seorang kakitangan di klinik terbabit selain gagal mencari pemandu ambulans menyebabkan mereka bergegas membawa mangsa ke klinik swasta di Kuala Ketil untuk rawatan sebelum ke hospital.
Bagaimanapun, katanya, doktor di klinik berkenaan mengarahkan anaknya dibawa segera ke HSAH berikutan keadaannya agak teruk.
“Bagaimanapun, doktor yang merawat anak saya mengesahkan adik sudah meninggal dunia sejurus tiba di Jabatan Kecemasan HSAH menyebabkan saya rasa begitu terkilan.
“Jika ada kakitangan perubatan di klinik kesihatan itu, mungkin adik masih boleh diselamatkan. Walaupun saya sedih kerana kehilangan insan tersayang ketika umat Islam meraikan Aidiladha, namun saya tetap reda dengan semua ini,” katanya. -Hmetro
#Takziah kepada keluarga mangsa
KONGSI
& Komentar
Tweet