Seorang pemandu teksi kini terpaksa bertarung nyawa di Hospital HUKM setelah dibelasah dengan teruk oleh seorang pembuli jalan raya.
Hiew Chen Guang , 66, sedang memandu di Jalan Kelang Lama di sini kira-kira pukul 7 pagi pada 30 September lalu sebelum dikatakan terlanggar seorang penunggang motorsikal di hadapannya.
Memandangkan ia berlaku di tengah-tengah simpang lampu isyarat, Chen Guang mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di hadapan sedikit.
Namun saksi memberitahu, kemudian datang seorang penunggang motorsikal lain ke arah pemandu teksi itu sebelum menumbuknya berkali-kali.
Dia yang pengsan kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang bertindak menghubungi ambulan.
Anaknya, Hiew Chun Wei, 37, memberitahu, hidung bapanya patah, lebam di muka dan kini mengalami pendarahan dalaman dalam kepala.
” Doktor cuba memberhentikan pendarahan yang berlaku melalui pembedahan beberapa hari lalu, tetapi sekiranya ia berterusan, bapa saya mungkin akan terus berada dalam keadaan koma,” katanya.
KONGSI
& Komentar
Tweet