Friday 4 October 2013

9 Gambar wajah pembunuh upahan pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Najadi

Posted By: TTO Admin - 4.10.13

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 29 Julai lalu.

Koong Swee Kwan, 44, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Rosmaniar Zainuddin.

Mengikut pertuduhan, Koong didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta tokong cina Kuan Yin No 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi, dekat sini, pada jam 1.30 petang hingga 2 petang, 29 Julai 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Koong turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan cuba membunuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49, di tempat dan masa yang sama.

Dakwaan bagi pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan kes.

Koong dibawa ke lokasi kejadian


Lokasi senjata api yang dilupuskan

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab