Mangsa, Ridzuna Mohd. Haluwi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Mohamad Ameer Nazreen Rohaimi 12, cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam nahas pukul 8 malam itu, bas ekspres membawa 34 penumpang dari arah Temerloh ke bandar Jengka itu cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
"Semua pemumpang bas selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
KONGSI
& Komentar
Tweet