Monday 21 October 2013

Pekeliling baru kenaikan pangkat daripada 15 tahun dipendekkan kepada 13 tahun

Posted By: TTO Admin - 21.10.13

Peluang dan peningkatan kerjaya penjawat awam terbuka luas apabila hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2013 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan.

Sebelum ini pada 1 Julai 2009 kerajaan telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun namun kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana berdasarkan kepada prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat secara KUP daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Antara lain pekeliling yang ditandatangani oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia itu menyebut, kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.

BACA LENGKAP DISINI:  (CLICK HERE)

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab