Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya perlu berbincang dengan PKINK terlebih dulu sebelum membuat sebarang ulasan berhubung perkara itu.
“Oleh kerana ia dilaporkan audit, kami kena bincang dengan PKNIK laporan itu bagaimana. Kami buat siasatan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam.
Jabatan Audit Negara menegur LTSB kerana membayar bonus hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian.
Audit antara Julai hingga September 2012, mendapati pengurusan syarikat perladangan itu berada dalam keadaan kurang memuaskan.
Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul RM5.21 juta pada 2011, peningkatan RM930,00 juta berbanding 2010 serta tidak pernah membayar dividen kepada kerajaan negeri, selaku pemegang saham sejak 2009 berikutan kerugian.
Namun, audit mendapati LTSB mengeluarkan bonus pada 2009 4.5 hingga lima bulan gaji. Pada 2010, ia membayar bonus tujuh hingga lapan bulan gaji, manakala pada 2011, bonus lapan hingga 11.5 bulan gaji.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan bersetuju mewartakan tanah kerajaan di dua kawasan sebagai tapak perkampungan Orang Asli.
Katanya, ia membabitkan tanah seluas 592.81 hektar di Jeli dan 233.61 hektar di Gua Musang untuk dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
“Keputusan kerajaan ini sekali gus menolak tuduhan tertentu mengatakan kita tidak mengambil berat terhadap Orang Asli.
“Kami mewartakan dua lagi tempat perkampungan Orang Asli,” katanya. -Metro
KONGSI
& Komentar
Tweet