TAHNIAH, BONUS SETENGAH BULAN GAJI!!!
Itulah kenyataan keramat yang ditunggu-tunggu oleh 1.4 Juta penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2014 pada 3 petang ini.
Menurut cakap-cakap dari sumber yang boleh dipercayai, penjawat awam DIJANGKAKAN akan menerima perkhabaran berita gembira apabila pemberian Bonus akan diberikan dalam bajet kali ini.
Namun, permintaan CUEPACS sebelum ini yang mahukan BONUS 2 BULAN GAJI (Baca di sini) dan kenaikan Elaun tetap seperti Elaun Perumahan dan Sara Hidup tidak diberikan dalam Bajet 2014 berikutan melibatkan perbelanjaan yang besar.
Sebelum ini, seramai 45,000 juruteknik dalam perkhidmatan awam menerima berita baik apabila kerajaan memutuskan untuk memberikan kenaikan gred seterusnya akan menerima skim gaji baharu yang dimasukkan dalam Bajet 2014 kali ini (Baca di sini).

Sama-samalah kita menantikan berita baik daripada Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pada pukul 3 Petang.
KONGSI
& Komentar
Tweet