Wednesday, 2 October 2013

Pelajar tahun 5 dakwa ditampar guru sampai retak gegendang telinga

Posted By: TTO Admin - 2.10.13


GEORGE TOWN - Bekas ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini membuat laporan polis mendakwa guru sebuah sekolah di sini menampar anak saudaranya semalam, menyebabkan gegendangnya retak.

Beliau berkata, guru lelaki berusia 40-an itu marah kerana anak saudaranya itu, Tan Xin Ren, 11, didakwa berbual dalam kelas dan tidak memberi tumpuan dan telah menamparnya selepas memintanya menemuinya selepas waktu persekolahan.

Pemeriksaan doktor di Hospital Island di sini mengesahkan gegendang telinga kiri anak saudaranya retak dan pendengarannya terjejas, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjong Tokong dan beliau akan membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Tan berkata, sekiranya anak saudaranya nakal, guru terbabit sepatutnya mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik pelajar mereka. - Bernama

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab