Dilema pertunangan antara gadis dengan penjual burger
1) Si lelaki mahu memperisterikan si gadis tapi hanya bekerja sebagai penjual burger
2) Si gadis mahukan lelaki yang punya masa depan, kehidupan yang selesa
(Penjual burger mahu selamatkan hubungan dengan tunangnya)
Memang celaru bila memikirkan perkara ini, siapa betul, siapa salah tidak dapat ditentukan. Namun, si gadis tidak harus mengkeji dan menghina pekerjaan si penjual burger.
Pekerjaan hatta sebagai pemungut sampah sekalipun, pekerjaan mereka adalah halal. Siapa tahu rezeki si penjual burger di masa depan dapat memajukan perusahaannya menjadi kilang burger. Seperti perusahan Ramly Burger?
Tetapi, si gadis juga ada betulnya, si lelaki harus berusaha sehabis baik dan bukannya memberikan janji se indah bulan dan bintang. Namun selepas beberapa tahun si lelaki masih di takuk yang lama. Tiada perancangan untuk memajukan diri dan keluarga.
Perkara ini masih banyak perlu didebatkan. Namun jodoh itu ditangan tuhan. Terima lah seadanya jika itu ketentuan takdir. Apa kata anda?
KONGSI
& Komentar
Tweet