Saturday 12 October 2013

5 Gambar mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Putrajaya

Posted By: TTO Admin - 12.10.13

PUTRAJAYA: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini Sabtu.

Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, beliau terkejut apabila menyedari objek itu sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju, sebelum meminta rakannya menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungimengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, katanya. - Gambar-BERNAMA

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab