Monday 14 October 2013

4 Gambar kemalangan maut kenderaan dinaiki dua rakan terbalik di Leburaya PLUS

Posted By: TTO Admin - 14.10.13

Jasin: Dua rakan terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh besi penghadang selepas terbabas di Kilometer 174.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, petang tadi.

Mereka dikenali Megat Saiful Farhan Megat Zaidi, 22, beralamat di Taman Putri Mas, Simpang Renggam, Johor, dan Nur Azleeza Ismail, 23, beralamat di Ladang Sedenak, Kulai, Johor.

Kejadian kira-kira jam 4.10 petang, ketika mereka dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Baru.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -Bharian




#Takziah kepada keluarga mangsa

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab